Tuesday, August 31, 2010

Catatan Perjalanan ke Al Zaytun (2): Padi Berbuah Emas, Berdaun Tembaga dan Berbatang Suasa

Tumbuh berpunca
Punca itu rahsia
Naik tidak memijak kawan
Menikam tidak menerjah lawan
Tapi melingkar dengan mesra

Sebelum dan semasa kedatangan kuasa penjajah Barat di abad ke 14, rantau Tenggara Asia meriah dengan keberagaman budaya dan cara hidup kaum-kaum serta puak-puak yang mendiaminya. Semuanya berkembang mengikut citarasa masing-masing dari tali sejarah dan budaya yang panjang; dari kepercayaan animisme kepada pengaruh keIndiaan yang membawa faham Hinduisme dan Buddhisme yang menjelma antara lain di Lembah Bujang (300M) di Semenanjung Malaysia, Prambanan (850M) dan Borubudor (800M) di Jawa dan Angkor Wat (abad ke 12M) di Indochina, hinggalah disatukan dengan kedatangan Islam di sekitar abad ke 12 dan 13M. Keberagaman yang merata di segenap pelusok Tenggara Asia itu perlahan-lahan menyatu dalam aspirasi kemodenan yang dibawa Islam; tidak sedikit kita mendengar tentang Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Demak, dan juga lawatan Laksamana Cheng Ho diantara tahun-tahun 1405 – 1433M). Kita memang mempunyai sejarah dan kebudayaan yang panjang dan menarik.

Suatu ketika dalam perjalanan ke AZ, melintasi sempadan Malaysia – Singapura di Link Kedua, saya ditahan oleh pihak Imigresen Singapura gara-gara sebuah buku yang saya jadikan teman perjalanan. Buku itu berjudul ‘Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam’ oleh Abdul Rahman Abdullah (2000). Sebenarnya buku itu hanyalah sebuah buku sejarah, ia tidak mengandungi apa-apa seperti ideologi terorisme atau radikalisme Islam yang ketika itu hangat diperkatakan media. Pegawai Tionghua yang memeriksa saya itu memanggilkan kawan Melayunya dan ditunjukkan buku itu, dia rupa-rupanya kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka bertanyakan apa pekerjaan saya, kemana arah dan tujuan perjalanan saya. Saya beritahu mereka saya adalah seorang artis senirupa, dalam perjalanan ke Indonesia untuk melawat teman-teman artis. Saya memasuki Singapura kerana ada temujanji dengan seorang teman di Singapore Art Museum. Mereka bertanya apa yang saya tahu tentang Al-Qaeda dan jaringannya di Tenggara Asia. Wah, saya agaknya disangka seorang teroris! Saya beritahu apa yang saya tahu serba sedikit; Al Qaeda – sebuah pertubuhan/pergerakan Islamis Sunni antarbangsa yang kerap melakukan aksi terror dan serangan militan seperti Peristiwa September Sebelas tahun 2001, diketuai oleh Osama bin Ladin. Di Tenggara Asia, Al Qaeda dikatakan mempunyai hubungan dengan Jemaah Islamiah, sebuah pergerakan militan rantau Tenggara Asia yang komited dengan penubuhan Daulah Islamiah di Tenggara Asia. Sempat juga saya bertanyakan mereka kembali – apa kaitan soalan-soalan itu dengan saya dan perjalanan saya ini? Security measures, sir. Thank you for your cooperation. Welcome to Singapore. Have a pleasant trip.

Membaca sejarah dan kebudayaan Tenggara Asia, terutamanya melalui kesusasteraan dan seni rupa, kita akan dapati ianya sarat dengan tanda-tanda, perlambangan, perumpamaan, bidalan dan kiasan yang diambil dari alam sekeliling/semulajadi. Kita akan menemui ada manusia yang lahir dari muntah sapi, dari buloh betung dan dari buih air yang berpusaran di sungai. Kita akan bertemu dengan seribu satu macam keperwiraan, kesaktian, kekebalan juga tentunya kehebatan jurus-jurus persilatan. Kita akan dapati sebuah bukit bercahaya kerana turunnya anak-anak raja dari kayangan. Kisah-kisah Wali Songgo sendiri tidak sunyi dari keajaiban kalau tidak pun kesaktian. Agak sukar untuk memahami kesemuanya jika kita tidak terdidik baik dalam cabang-cabang pengetahuan seperti antropologi, semiotika, estetika dan studi budaya (Cultural Studies). Kita dengan mudah boleh terdorong untuk mengikutinya sebagai kisah-kisah mitos, legenda atau khayalan untuk hiburan semata, atau barangkali juga mempercayainya bulat-bulat. Sampai sekarang pun masyarakat Tenggara Asia tidak sunyi dari cerita-cerita perbomohan, perdukunan dan hal-hal yang berbau mistik dan sihir.Kita tidak akan memahaminya tanpa kesaksamaan apresiasi – tanpa akal waras. Dan tanpa panduan atau pedoman yang mencerahkan.

Di sisi belakang Al Hayat ada sebuah bedok besar lengkap dengan tempat bergantungnya. Meski sudah tidak digunakan (mungkin kerana keadaannya yang sudah rosak), saya terkesan dengan gubahan ukiran yang terdapat padanya. Ukiran bertemakan sejenis flora itu sangat familiar dengan apa yang saya ketahui; ragam gubahannya adalah dari gaya Jawi, yang pernah saya pelajari dari Allahyarham ayahanda saya semasa remaja di Terengganu. Kata seorang teman, beduk itu adalah hadiah atau cenderahati dari Kepulauan Riau kepada AZ.

Hilir ke Teluk Karis
Mudek menengah kota
Memahat di dalam baris
Berkata dalam pusaka

Di awal makalah ini, ada pantun yang dijadikan rujukan, panduan atau aturan oleh para pengukir Melayu menggubah ukiran mereka yang rata-ratanya terilham dari tumbuhan dan flora yang ada di persekitaran dan sekeliling mereka;

Tumbuh berpunca; setiap yang tumbuh (baca: hidup) itu ada permulaanya – pengukir harus mengetahui mula kerjanya. Punca itu rahsia; rahsia itu adalah untuk dikenali, diketahui atau dipelajari – pengukir harus dapat menguasai pengetahuan, teknik dan bahan yang digunakan. Naik tidak memijak kawan; perkembangan dalam kehidupan (baca: perjuangan) sepantasnya dalam suasana yang penuh rasa hormat dan menghormati – pengukir harus menggubah ukirannya secara saksama atau keadaan seimbang. Menikam tidak menujah lawan; persaingan dalam apa sekali pun harus dalam keadaan sihat, tidak memperlekeh atau menyakitkan hati lawan – pengukir harus memastikan gubahannya tidak bercanggahan di antara bahagian-bahagianya. Tetapi melingkar dengan mesra; kehidupan ini sepatutnya penuh dengan kasih-sayang, perdamaian dan toleransi – pengukir harus memastikan gubahannya dapat menyuburkan rasa estetika khalayaknya.

Dan bedok di Al Hayat itu berbunyi terus – melantunkan citra perdamaian dan toleransi ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Atlas kesenian dan kebudayaan alam Melayu itu amat luas. Namun tidak sedikit darinya yang telah rosak atau hilang begitu saja kerana kebingungan yang bergenerasi tumbuh dari kejahilan dan pesona hedonisme. Pendidikan terpadu; antara fisik dan mental/kerohanian, antara konsumpsi dan estetika, antara aqidah dan perbuatan/pembuktian, antara alami dan buatan, antara sains dan teknologi – seperti yang berlaku di AZ, pasti akan berhasil melahirkan generasi Melayu Moden yang tahu harga diri, sejarah dan yang tahu halatuju masing-masing.  

‘Kawasan ini dulunya tandus. Kering. Tiada yang mahu tumbuh, kecuali lalang liar,’ Cerita tourist guide AZ suatu ketika dalam tawaf melihat lingkungan AZ. ‘Kemudian kami tata semuanya; riset terhadap eko-sistem, eksperimen, dan kami juga menanam hutan – hutan jati, berbagai tanaman dan tumbuhan – baik sayuran dan buahan. Kami adakan sistem perairan, ada perikanan, penternakan.’

Sekarang AZ sudah hijau. Pohon-pohon merimbun dan merindang. Kicauan burung kedengaran riuh. Pengukir Melayu dahulu, cerita ayahanda, selalunya ada kebun sendiri, tempat dia menanam tumbuhan yang ingin diamatinya. Dia memelihara tumbuhan-tumbuhan itu – sambil memerhati bentuk dan rupa yang tumbuh, yang kemudiannya diterjemahkan kedalam gubahan-gubahan ukiran. Pengukir itu memang arif dengan apa yang diusahakan: Bunga tidak seperti bunga; buah tidak seperti buah; daun tidak seperti daun; batang tidak seperti batang.

Karya seni adalah di antara hasilan tamaddun. Karya seni orang-orang Islam dari berbagai daerah dunia – dari Moroko hingga ke Mindanao, dan yang dijumpai dari seawal abad pertama Hijiriah dan selewat ke abad ke 15 Hijriah, seperti yang diperkatakan oleh Allahyarhamah Lois Lamya’ al Faruqi, seorang sarjana pengkaji kesenian Islam, adalah rata-rata non-representasional (tidak mengambil imej manusia, haiwan dan tumbuhan secara langsong) dan bersifat mujarad atau abstrak. Beliau menggariskan beberapa prinsip apresiasi bentuk seni Islam;

1.     Prinsip Asas I: Kualiti Mujarad (Abstract Quality) – Allah itu Maha Berkuasa. Ia mempunyai asmaul-husna. Tiada tergambar oleh manusia yang diciptakan itu akan rupa dan bentukNya. Estetika Seni Islam bukan menjurus kepada penggambaran kemanusiaan dan juga bukan simboliknya kebenaran-kebenaran yang dapat diperolehi dari alam semulajadi (nature). Estetika Seni Islam berbicara tentang kemujaradan; tentang kefahaman (dan juga pengembangan) terhadap Ajaran Ilahi; tentang ketauhidan, tentang keKuasaan Allah S.W.T.

Kaligrafi, satu bentuk ‘seni tulisan’, adalah contoh bentuk seni yang membawa kualiti mujarad. Kaligrafi Arab, bahasa Al Quran, telah disempurnakan dan dikembangkan hingga menjadi skrip yang beraneka-ragam – yang boleh digunakan secara bersendirian dan juga bersama dengan yang lain-lain. Selain kaligrafi, seni hias bermotifkan rupa geomatrik (arabesque) dan tumbuhan juga adalah contoh bentuk-bentuk seni yang menampilkan kualiti mujarad ini.

2.     Prinsip Asas II: Stailisasi/Denaturalisasi (Stylization/Denaturalization) – stailisasi dan denaturalisasi adalah dua kaedah artistik yang digunakan untuk memperhebatkan kualiti mujarad pada karya-karya seni. Artis-artis Islam melakukan stailisasi terhadap subject-matter yang lazimnya diambil dari alam sekeliling/semulajadi seperti tumbuhan. Manusia dan haiwan jarang sekali dirujuk kecuali sokongan illustrasi seperti pada Persian dan juga Mughal Miniatures Paintings. Rujukan itu didenaturalisasi sehingga apa yang tergambar itu bukanlah representatif langsung dari yang sebenar. Ia adalah kualiti mujarad yang terhasil dari proses stailisasi dan denaturalisasi.

3.     Prinsip Asas III: Corak Tidak Berkesudahan (Infinite Patterning) – bersumberkan motif-motif yang sudah distailisasi atau didenaturalisasi, maka terbentuklah corak-corak yang boleh disusun atau digubah. Ia melibatkan kombinasi motif yang berupaya membawa audien dari rupa ke rupa, dari corak ke corak, dan dari ritma pergerakan ke ritma pergerakan. Keberagaman boleh menjadi kesatuan di sini.

Kaedah si pengukir Melayu dan prinsip apresasi seni Islam oleh Lois Lamya’ itu adalah dua perkara yang bermain di fikiran saya apabila melihat beduk di Al Hayat. Apresiasi Seni, sebagai mata-pelajaran, boleh diperkukuhkan dengan pembelajaran sejarah dan budaya serta estetika masyarakat kita sendiri (juga dunia lainnya). Tentulah kita sendiri yang akan menanam padi berbuah emas, berdaun tembaga dan berbatang suasa itu. Az, saya akan kembali lagi.


Bacaan Tambahan:
1.     Abdul Rahman Abdullah (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
2.     A. Samad Ahmad (penyusun) (1979). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.     Syed Ahmad Jamal, Lois Lamya’ al Faruqi, Animah Annette & Sharifah Fatimah Zubir (1984). Katalog Pameran Tamaddun Islam. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.
4.     W.L Olthof (penyusun) (1941) (edisi 2008). Babad Tanah Jawi. Yogyakarta: Penerbit Narasi.

Ditulis pada pertengahan 2005. Diterbitkan sebagai SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG BERNAMA AL-ZAYTUN DAN MASA DEPANNYA YANG GEMILANG dalam SENTAP, majalah Seni Rupa Kontemporari Malaysia 2010.


catatan: Tsabri Ibrahim merupakan salah seorang penulis seni yang disegani di Malaysia

Nota Rampai SERUM (7): Saya Suka Balai Seni Lukis Negara!

Katalog Kenangan BSLN 1988
Ini seperti satu surat. Saya tulis khusus untuk Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Agak peribadi bunyinya, mungkin. Semalam saya menulis sebuah nota yang agak ‘keras’ mengenai 'Pameran Kepada Mu Kekasih' yang sedang berlangsung di BSLN sekarang ini. Namun, saya percaya saya harus menulis seperti itu: kerana itulah yang saya rasa dan nampak dengan jelas. Soal orang setuju atau tidak, suka atau tidak, dengan apa yang saya tulis itu; tidak jadi hal kepada saya. Saya tulis dengan harapan dapat tengok yang lebih baik. Dan surat ini pula saya tulis bukan untuk mengimbangi ‘nada keras’ nota itu, tetapi adalah satu penghormatan (atau tribute) kepada BSLN. BSLN memang bermakna kepada saya dan semua artis Malaysia. Saya suka BSLN!
BSLN,

Di antara tempat yang saya akan pergi jika ke Kuala Lumpur ialah BSLN. Saya melawat BSLN di Jalan Ampang, di Jalan Sultan Hishamuddin dan sekarang di Jalan Tun Razak. Saya mengunjunginya sebagai seorang budak sekolah, seorang remaja, seorang pelajar seni, seorang artis, seorang guru seni, dan sekarang sebagai seorang yang sudah setengah abad usianya. Saya menghabiskan masa berjam-jam di dalam galeri-galeri BSLN; kadang berteman, kadang berseorangan. Saya suka BSLN!

Sebagai seorang artis, karya-karya saya pernah ditolak untuk menyertai pameran di BSLN. Bukan sekali – adalah dua tiga kali. Karya-karya saya juga ada yang diterima masuk pameran, diterbitkan dalam katalog dan penerbitan lain BSLN, dan ada juga yang dibeli oleh BSLN untuk Himpunan Tetap. Di BSLNlah saya dan kawan-kawan, juga artis Malaysia yang lain menerima ujian-ujian awal untuk menjadi seorang artis. Saya suka BSLN!

Sebagai seorang penulis dan kurator kecil-kecilan (sebab belajar sendiri), saya sudah beberapa kali diundang untuk bercakap di dalam oditorium BSLN. Di situlah antara tempat saya belajar untuk bercakap secara terbuka – ada yang saya anggap berjaya dan ada yang tidak. Tulisan-tulisan saya juga pernah diterbitkan dalam katalog-katalog pameran terbitan BSLN. Saya juga pernah menjadi kurator untuk sekurang-kurangnya dua pameran di BSLN, 'Kembara Tenggara: Pameran Karya-karya Baru Pemenang Bakat Muda Sezaman (1997)' dan 'Ulek Rasa: Pameran Artis-artis Terengganu (2006)'. Pada Julai tahun ini juga, saya menjadi kurator sebuah pameran kecil rakan-rakan Faculty of Creative Multimedia, Multimedia University, ‘Shadows on Layers of Meaning’, sempena Inno-Fest 2010 di Galeri Reka, BSLN. Terima kasih atas peluang-peluang itu. Saya suka BSLN!

Sebagai seorang guru pula, saya selalu juga membawa pelajar-pelajar saya ke BSLN untuk mendedahkan mereka kepada berbagai bentuk seni rupa. Saya membawa anak-anak kami dan menerangkan kepada mereka itu ini di galeri-galeri BSLN. Saya juga ada membawa kawan-kawan dari sebuah grup jurukamera amatur yang masih belum bernama ke BSLN, dan mendedahkan mereka kepada seni rupa. Saya banyak belajar dan mengajar di BSLN. Malahan, sebelum kahwin dulupun, saya selalu bertemu-janji dengan Mastura di BSLN! Saya suka BSLN!

Saya pernah bercita-cita untuk menjadi kurator di BSLN. Pada hujung 1980an atau barangkali awal 1990an, saya pernah menghadiri temuduga untuk jawatan itu! Tetapi saya gagal kerana ternyata saya tidak dapat menguasai ‘iklim komunikasi rasmi’ dengan baik – saya malu-malu dengan gagap saya yang pekat lalu tersenyum dan tersengih saja sudahnya! Har! Har! Har! Kegagalan itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada saya. Saya tetap pergi ke BSLN. Saya suka BSLN!

Dulu, akhir 1980an, BSLN tidak ada ramai kurator. Seingat saya hanya Wairah Marzuki dan Sharifah Fatimah Syed Zubir – itupun kalau saya tidak silap (harap Kak Pah atau sesiapa betulkan jika silap). Pameran-pameran di BSLN ketika itu banyak dikuratorkan oleh Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa dan T.K Sabapathy. Saya ingat juga kepada pameran-pameran yang dikuratorkan oleh Tamyez Bajuri, Zakaria Ali, Dzul Haimi M Zain dan Zabas. Semua berbekas di hati; saya dapat belajar, mengembangkan pengalaman estetika dan juga etika sebagai seorang artis. Saya suka BSLN!

Sekarang kita sudah satu dekad dalam abad ke 21, BSLN sudah ada ramai kakitangan, termasuk pasukan kurator dan penolong kurator. Bangunan tambahan pun sedang dibina. Saya tidak tahu berapa ramai kakitangan sekarang; ramai yang saya tidak kenal – tapi saya tetap kenal dengan beberapa orang lama. En. Yuarajah dan saya akan tetap bersalaman dan bertanya-kabar apabila bertemu dari sejak di Jalan Sultan Hishamuddin. Kalau tidak silap, saya sudah berkenalan dengan dia sejak di Jalan Ampang lagi. Kemudian ada Yusuf Marsidin seketika, malah Azizan Paiman pun pernah berkerja di BSLN. Saya suka BSLN!

Saya sangat mengharapkan BSLN terus mempertahankan keberadaanya sebagai sebuah institusi seni rupa yang unggul. Saya percaya BSLN mampu mempertahankannya, malah berkembang maju untuk kebudayaan dan peradaban Malaysia. Saya suka BSLN!

Sepanjang dekad lalu, secara sedar atau tidak sedar kadang-kadang, minat saya terhadap kritikan seni dan estetika, juga sastera, telah menjadikan saya seorang penulis. Saya menulis mengenai seni rupa dan budaya amnya. Menulis bermakna juga saya harus memerhati, menganalisa, mengkritik dan menyaran kepada pembaikan; walau tidak semuanya betul atau benar atau tepat belaka. Karya dan pameran di BSLNlah yang menjadi rujukan utama saya. Kerja-kerja dokumentasi pun nampaknya berlaku di BSLN. Saya tiada niat lain selain mahu melihat yang terbaik saja dari BSLN. Saya suka BSLN!

Semoga BSLN sentiasa maju jaya. Saya suka BSLN! Dan saya pasti bukan saya saja yang suka BSLN.

Kalau meniup seruling bambu,
Dibawa berteduh lepaslah letih;
Kalau hidup saling membantu,
Mana yang keruh lekaslah jernih.

24hb Ogos 2010.
Cyberjaya


Catatan: Tsabri Ibrahim merupakan salah seorang penulis seni yang disegani di Malaysia

Pesan dan kata-kata terakhir dari orang-orang terkenal sebelum meninggal


Biasanya sebelum meninggalkan dunia ini, sebagian orang ada yang mengucapkan kata-kata atau juga berupa pesan-pesan terakhir mereka. Berikut ini adalah kumpulan kata-kata atau pesan terakhir dari orang-orang terkenal. Semoga kita dapat mengambil hikmah dari mereka yang sudah pergi mendahului kita.

Tahu kamu kalau aku ngomong blak-blakan. Aku yakin akan terjadi perang saudara. Kalau perang dengan bangsa lain, kita bisa membedakan fisiknya. Tapi dengan bangsa sendiri, itu sangat sulit. Lebih baik aku robek diriku sendiri, aku yang mati daripada rakyatku yang perang. Aku tidak sudi minta suaka ke negeri orang.

Bung Karno, dibisikkan kepada Putu Sugianitri ajudannya sebelum ajal

Tuhanku, Tuhanku ….

Chairil Anwar, Penyair Angkatan 45
Is someone hurt?
(Adakah orang lain yang terluka?)

Robert F. Kennedy kepada istrinya setelah dia tertembak dan sebelum koma
I’ll be in Hell before you start breakfast!
(Saya akan berada di neraka sebelum kamu memulai sarapanmu !)

“Black Jack” Ketchum, perampok kereta api

Don’t worry…it’s not loaded…
(Jangan khawatir … pistol ini belum siap pelurunya …)

Terry Kath, musisi rock Chicago Transit Authority ketika ia membersihkan pistolnya dan menarik pelatuknya

Die, my dear? Why that’s the last thing I’ll do!
(Matikah aku, sayangku ? Mengapa hal itu yang terakhir yang akan kualami.)

Groucho Marx, Komedian Amerika
Go on, get out! Last words are for fools who haven’t said enough!
(Ayolah, semua keluar ! Kata-kata terakhir hanyalah ke*****an bagi siapa saja yang berkata cukup !)

Karl Marx, ketika ditanya oleh pembantunya apa kata-kata terakhirnya

I have a terrific headache.
(Saya merasa sakit kepala yang luar biasa.)

Franklin Delano Roosevelt, presiden ke-32 USA

I’d hate to die twice. It’s so boring.
(Saya benci kalau harus mati dua kali. Kematian ternyata begitu membosankan. )

Richard Feynman, Fisikawan Amerika

I have not told half of what I saw.
(Saya belum mengungkapkan separuh dari apa yang kulihat.)

Marco Polo,Penjelajah dunia

Lord help my poor soul
(Tuhan, tolong jiwaku yang malang)

Edgar Allan Poe, penulis Amerika

Thank God. I’m tired of being the funniest person in the room.
(Terimakasih Tuhan. Saya lelah untuk menjadi orang paling lucu di ruangan ini.)

Del Close,komedian Amerika

I don’t have the passion anymore, and so remember, it’s better to burn out than to fade away. Peace, Love, Empathy. Kurt Cobain.
(Aku sudah tidak bergairah lagi, dan ingatlah, tubuh ini lebih
baik dibakar hingga musnah daripada dikuburkan. Damai, cinta, kasih.

Dari Kurt Cobain.
Kurt Cobain, vokalis dan gitaris grup musik Nirvana dalam catatan bunuh dirinya

It’s very beautiful over there.
(Di sana ternyata begitu indah.)

Thomas Alva Edison,penemu bola lampu listrik

Don’t worry, relax!
(Jangan khawatir, santai saja!)

Rajiv Gandhi, PM India kepada staf keamanannya beberapa menit sebelum dibunuh oleh bom bunuh diri

No! I didn’t come here to make a speech. I came here to die.
(Tidak! Saya ke sini bukan mau berpidato. Saya kesini untuk mati.)

Crawford Goldsby a.k.a. Cherokee Bill, ketika ditanya apa yang akan dikatakannya sebelum dia digantung

I know you’ve come to kill me. Shoot, you are only going to kill a man.
(Saya tahu kamu datang untuk membunuhku. Tembaklah, kamu hanya akan membunuh seorang manusia.)

Che Guevara, Pemimpin Revolusi Marxis Argentina

I’m tired of fighting.
(Saya dibikin cape oleh pertempuran ini.)

Harry Houdini,pesulap

I see black light.
(Saya melihat cahaya hitam.)

Victor Hugo, penulis Perancis

Let me go to the Father’s house.
(Lepaskan aku menuju rumah Bapaku.)

Pope John Paul II, Paus ke-263

I’m bored with it all.
(Saya sedang bosan dengan semua ini.)

Winston Churchill, PM Inggris pada PD II, sebelum koma dan meninggal sembilan hari kemudian

Jesus, I love you. Jesus, I love you.
(Jesus, aku cinta engkau. Jesus, aku cinta engkau.)

Mother Teresa, suster dari Albania

Don’t disturb my circles!
(Jangan ganggu lingkaranku !)

Archimedes, ilmuwan Yunani

I hope the exit is joyful and hope never to return.
(Aku berharap jalan keluar ini penuh dengan kegembiraan dan berharap tidak akan pernah kembali lagi.)

Frida Kahlo, Pelukis Mexico

They couldn’t hit an elephant at this distance.
(Mereka tidak akan bisa menjatuhkan satu gajah pun pada jarak ini.)

General John Sedgwick, Union Commander dalam U.S. Civil War, yang ditembak beberapa menit setelah mengucapkan ini

Dying is easy, comedy is hard.
(Mati itu mudah, meluculah yang sulit)

George Bernard Shaw, novelis, kritikus, politikus, dll

I’m losing.
(Saya sedang kalah.)

Frank Sinatra, penyanyi dan bintang film Amerika

Crito, I owe a cock to Asclepius. Will you remember to pay the debt?
(Crito, aku berhutang seekor ayam pada Asclepius. Akan ingatkah kamu untuk membayar hutangku itu?)

Sunday, August 29, 2010

MOOOO!

Benderang pagi tak lagi mampu mengembangkan hati Mim 1. Dia tak lagi gembira mencicip kopi pahit dan menyuap nasi lagundi hitam ketika sarapan. Malahan dia terasa cukup cemas dan bimbang.
Kalau berlarutan begini, aku boleh jatuh bankrap, kata-kata itu terpalit di fikirannya. Lebih daripada itu dia juga bimbang tekanan darah tingginya akan turut melambung. Bacaan semalam menunjukkan tekanan darahnya berada pada paras 165/95. Sudah menjenguk ke zon bahaya. Tak disangka-sangka penjualan ternakan hidup dan daging segar terhenti secara tiba-tiba. Semua kontrak dari pusat-pusat penyembelihan dibatalkan oleh pelanggan-pelanggan tetapnya. Suasana di ladangnya persis kuburan tua. Senyap dan sunyi. Hinggakan telinganya dapat merakam setiap helaian daun mati yang gugur ke bumi. Lebih menyedihkan, tak seekor pun lembu ternakannya yang berbunyi. Ribuan ternakannya kehilangan suara; yakni bahasa lembunya. Tidak seperti teman-teman lain yang menternak baka-baka import termasuk Droughtmaster dan Brahmin, dia memberi pertaruhan kepada baka kacukan Kedah-Kelantan. Lembu baka tempatan bertubuh kecil dan mudah dijual. Tapi kini semuanya kehilangan suara, baik baka import maupun baka tempatan. Semuanya membisu seribu bahasa. Semuanya tak lagi mengemooo!
Mim 1 menelefon teman-teman penternak. Mereka mengesahkan fenomena yang sama. Semua ladang ternakan dicengkam kesunyian luar biasa. Ladang-ladang ternakan lembu, sama ada feedlot ataupun tenusu tidak akan berwajah seperti dulu lagi sekiranya lembu-lembu tidak kembali bersuara. Bahasa lembu di ladang-ladang itulah yang menggamat dan menceriakan suasana. Pembeli-pembeli, sama ada pemborong, ahli kariah masjid dan surau atau pun individu-individu yang datang mendapatkan bekalan untuk tujuan kenduri kahwin, korban atau akikah tidak tertarik dengan lembu-lembu yang bisu. Lagipun mereka menyangka lembu-lembu itu dihinggapi penyakit, dan boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang memakannya. Mim 1 menyemak dengan teman-teman lain di facebook. Sah, fenomena itu melibatkan semua lembu di seluruh pelosok negara!
Semua lembu sudah kehilangan bahasa!
Tidak ada lagi mooo di waktu pagi!
Tidak ada lagi moooo di waktu petang!
Tidak ada lagi mooo di waktu malam!!
Semua lembu kehilangan mooooo!!
Mim 1 menghubungi temannya, Mim 2, seorang peladang terkenal dan berpengaruh di Putrasaya.
"Aku dapat maklumat di facebook satu taklimat nak diadakan di Putrasaya, betulke?"
"Betul. Khabarnya kerajaan akan mengambil tindakan drastik sebab industri daging negara sudah lumpuh sama sekali," jawab Mim 2, korporat tani, yang juga mantan Ketua Pengarah Pertanian. Teman itu dapat pinjaman RM 20 juta dari Bank Tani sewaktu memulakan ladang ternakan dan pusat penyembelihannya tempoh hari. Nasib orang...dia seperti mengeluh ke dalam diri.
Kata teman korporat itu lagi industri ternakan lembu negara dilanda SKKS.
"SKKS?" Mim 1 terlopong. Sepanjang ingatannya tak pernah dia mendengar penyakit itu menyerang mana-mana ladang ternakan lembu di tujuh benua di dunia. Dia tahu tentang penyakit kuku dan mulut dan lembu gila, yang pernah melumpuhkan industri ternakan lembu di England, tapi SKKS? Dia bingung.
Mim 2 menyambung apabila menyedari Mim 1 kehilangan suara di hujung talian. "Menurut diagnosis pakar lembu di Putrasaya, lembu-lembu negara mengalami Sindrom Kehilangan Kotak Suara."
"Dahsyat tu...penyakit baru ke?"
"Memang, ini kali pertama SKKS direkodkan di dunia. Lembu-lembu di Afrika, India, Cina dan lembu Inggeris tak pernah diketahui mengalami kehilangan kotak suara, maksudku kotak bahasa mereka."
"Tapi kenapa ladang-ladang ternakan lembu penternak Melayu yang paling teruk terkena pukulan SKKS?"
"Entahlah...barangkali kau boleh tanyakan di taklimat itu nanti."
Dia menemui ramai teman-teman penternak di taklimat yang diadakan di sebuah hotel lima bintang di Putrasaya; Mim 4, Mim 5, Mim 6, Mim 7…Mim 100. Di atas pentas Ketua Pengarah Lembu dan beberapa orang saintis lembu dan pakar bahasa lembu menanti ketibaan Menteri Lembu. Penternak-penternak yang dijemput untuk mendengar taklimat dan mendapatkan maklum balas sudah mula gelisah. Ada beberapa orang bersidai di lobi, berborak kosong atau mengasap paru-paru masing-masing, sama ada dengan rokok ataupun cerut.
Sebentar, sebuah pacuan empat roda mewah menjulur di foyer. Di kedua-dua pintu pacuan empat roda dwiwarna, merah dan putih, terpampang gambar kepala lembu bertanduk melengkung, lambang kementerian yang dipimpin YB. Ada akronim, terdiri dari empat huruf, kependekan daripada perkataan-perkataan "Untuk Membela Nasib Orangramai", yang menjadi slogan kementerian.
Penternak
Mim 1 tahu, ada 2020 orang penternak dari pelbagai kaum di seluruh negara. Kebanyakannya terdiri dari orang Melayu. Memang, sejak dulu ramai orang Melayu memilih bidang itu, al-maklum bidang-bidang lain seperti perumahan, industri gas dan petroleum, komunikasi, satelit dan pengangkutan udara serta perkilangan memerlukan modal yang besar. Ramai yang tidak mampu, kecualilah yang ada kabel besar, seperti mantan Ketua Pengarah Pertanian yang memulakan ternakan lembunya di atas kawasan seluas seribu ekar. Ada juga desas-desus yang mengatakan beliau ada pertalian kekeluargaan dengan YB Menteri Lembu. Tapi setakat ini Suruhanjaya Integriti dan Rasuah Nasional (SIRNA) belum memulakan sebarang siasatan ke atas mantan Ketua Pengarah Pertanian. Semasa belum bersara pun, kemewahan dan gaya hidup beliau membuatkan ramai orang, lebih-lebih lagi para penternak yang dipimpinnya, tertanya-tanya. Tapi pada ketika itu penternak-penternak tidaklah marah sangat, cuma mereka merasa sedikit hairan, bagaimana seorang yang hanya memegang jawatan Jusa "B" boleh hidup semewah itu? Tapi kini, apabila lembu-lembu kehilangan bahasa, mereka benar-benar naik angin.
YB bergegas ke pentas, diiringi oleh Ketua Pengarah Lembu dan seorang saintis lembu paling kanan, berkepala botak dan janggut sampai ke dada. Bingkai cermin mata saintis mengingatkan Mim 1 kepada mata burung jampuk di ladangnya yang terkejut apabila terkena silauan lampu picit.
Moooo! Moooo! Mooooooo…!
Bunyi itu menggema di dewan berhawa dingin. Ia disambut dengan gegar ketawa para hadirin. Ternyata ejekan itu datang dari sudut di mana terdapat beberapa orang penternak yang diketuai oleh seorang yang berbauk dan bertopi koboi.
"Sabar, sabar tuan-tuan, kita sedang menghadapi musibah lembu hilang bahasa, harap-harap kita jangan hilang bicara…" pengacara majlis mengambil kesempatan menyindir. Ini meningkatkan kejengkelan hadirin.
Mooo! Mooo!
Dewan bertambah gamat.
"Sabar, sabar…kita harus menghormati YB Menteri Lembu…harap bertenang, saya merayu…" dia mengubah strategi.
Pengacara majlis cuba menenangkan para hadirin. Dia terus menjemput Ketua Pengarah Lembu untuk menyampaikan ucapan aluan.
Ketawa dan ejekan reda sedikit, walaupun masih terdengar ketawa-ketawa kecil di beberapa barisan kerusi di sebelah belakang dewan. Setelah memberikan latar belakang SKKS, yang memang sudah diketahui oleh semua penternak, Ketua Pengarah Lembu menjemput YB Menteri Lembu untuk menyampaikan ucapannya. Ternyata para penternak memang menanti-nanti untuk mendengar apakah langkah drastik yang akan diumumkan oleh beliau.
Mim 1 dan Mim 2 berpandangan sesama sendiri apabila YB Menteri Lembu mengumumkan strategi bagi mengatasi SKKS. Hadirin terpinga-pinga dengan langkah drastik yang bakal diambil oleh Kementerian Lembu.
"Kerajaan akan mendirikan Sekolah-sekolah Kebangsaan Untuk Latihan Lembu, atau singkatannya SKULL di seluruh negara bagi mengatasi musibah yang melanda industri ternakan kita. Sebagai langkah permulaan kita akan membawa masuk 200 guru lembu dari Australia, baka Australian Milking Zebu (AMZ)," YB Menteri Lembu mengumumkan.
Seluruh dewan sunyi seketika, sebelum meletup dengan pekikan dan ejekan-ejekan dari para penternak.
Moooo! Mooo!
Menteri Moooo!!
Menteri Moooo!
Di tengah-tengah kebisingan itu Mim 1 memberanikan diri untuk bangun. YB Menteri turut mengambil kesempatan untuk cuba menenangkan keadaan yang mula meruncing.
"Minta perhatian, minta perhatian, ada soalan nampaknya…bagi kawan kita tu kesempatan…" YB tidak ada pilihan, melainkan memberi ruang kepada para penternak yang mula naik berang.
"Saya ingin tahu, YB, kenapa baka dari Australia? Setahu saya AMZ lebih sesuai untuk ladang tenusu. Ternakan saya semuanya untuk daging. Lagipun bukankah AMZ diketahui agak ganas?"
"Keturunan banduan..!! Keturunan banduan!!" jerit sebahagian dari penternak.
Jurugambar-jurugambar dan pemberita-pemberita dari berbagai akhbar sibuk dengan kamera mereka. Ada yang mengangkat telefon bimbit tinggi di atas kepala masing-masing untuk mendapatkan gambar-gambar yang lebih dramatik.
"Oh, itu manusianya, bukan lembunya…lagipun itu cerita lama…"
"Tapi, kalau manusia berfikiran macam lembu, bolehlah dianggap lembu juga…" jerit seseorang di barisan tengah.
"Ha, itu aku setuju!" jerit pula seorang berbadan gempal yang duduk bersebelahan dengannya. Untuk menyelamatkan keadaan yang sudah mulai ribut, pengacara cepat-cepat mencelah, mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Lembu, dan meminta saintis kanan berkepala botak dan berjanggut panjang sampai ke dada tampil ke rostrum untuk memberikan penjelasan.
"Diftong yang menyangkut bunyi "mooo" berasal daripada morfologi bahasa Inggeris, ini yang kita kena betulkan," Ketua Pengarah Lembu memperjelas isu yang sedang didepani.
Program
Program membawa guru-guru lembu dari Australia rupanya dilaksanakan dengan amat pantas. 200 guru lembu menjalankan tugas di merata ladang lembu di seluruh pelosok negara, mengajar kumpulan-kumpulan lembu di kampung-kampung, termasuk lembu pawah kerajaan. Anehnya masalah lembu kehilangan mooo bukannya pulih, malahan bertambah serius. Hilang bunyi mooo timbul pula bunyi-bunyi lain yang pelik. Pemilik-pemilik ladang, besar dan kecil, dan penternak kecil-kecilan di kampung-kampung tidak dapat menerima perubahan terbaru itu. Lembu masih tidak laku dan kos ternakan semakin meningkat.
"Kita kena bawa kes ini ke kementerian," Mim 1 mengusulkan kepada Mim-mim lain. Semua setuju. Lalu Mim 1 serta beberapa orang wakil yang dilantik bergegas ke Kementerian Lembu di Putrasaya.
Sewaktu Mim 1 melintasi jalan tanah merah di ladangnya untuk keluar ke jalan besar menuju Putrasaya dia mendengar betapa kelam-kabut bunyi di seluruh ladang. Dia dan peladang-peladang lain tidak tahu kenapa boleh terjadi sampai begitu. Semua lembu mereka di bawah bimbingan guru lembu Australia tidak lagi mengemoo, tapi sebaliknya mengedoh pula.
Seluruh ladang bingit dengan bunyi itu.
Dooh! Dooh! Dooh!
Doooohhhh!
Guru-guru lembu yang diharap memperbetulkan diftong lembu-lembu Mim 1 dan semua penternak lain juga sudah tidak mengemoo, tetapi sebaliknya mengok pula.
Ngok! Ngok! Ngok!
Ngoook! Ngoook!
Ngokkkkkkkk!!
Dan apabila kedua-dua bunyi itu bertembung, gegendang telinga Mim 1 bagaikan tercabut dari kepalanya.
Dooh! Dooh! Dooh!
Doooohhhh!
Ngok! Ngok! Ngok!
Ngoook! Ngoook!
Ngokkkkkkkk!!
Doo! Ngok! Dooh!
Ngokkk! Dohhhhh!
Dohhhhh!
Ngokkkkk!
Sebaik sampai di Kementerian Lembu, mereka tambah terkejut. Mereka disambut oleh Pengarah SKULL, oleh kerana Ketua Setiausaha Lembu, Ketua Pengarah Lembu dan Ketua Penolong Pengarah Lembu berada di London sejak beberapa hari lalu.
"Apa hal?" tanya Mim 1, seakan menyangka pemergian mereka ke London ada kaitan dengan musibah lembu tidak mengemoo. Telahannya tepat. Dan mereka terpempan dengan penerangan Pengarah SKULL selanjutnya.
"Mereka sedang menguruskan kemasukan 300 guru lembu dari United Kingdom. Rombongan diketuai oleh Menteri Lembu. Saya difahamkan sebahagiannya dipilih dari baka British White dan sebahagian lagi dari baka English Longhorn."
Mim 1 dan rombongan wakil penternak terkulat-kulat. Apakah 200 guru lembu Australia yang sudah tidak lagi mengemoo, tetapi mengok, dan lembu-lembu penternak Melayu sudah bertukar mengedoh tidak memberi sebarang pengajaran kepada pembuat polisi? Nampaknya pegawai-pegawai di Kementerian Lembu tidak mampu membuat diagnosis dan analisis yang lebih tepat. Mim 1 dan wakil-wakil penternak benar-benar kecewa. Dalam perjalanan pulang Mim 1 terfikir tentulah ada orang-orang yang akan tidur di atas duit sebaik guru-guru lembu dari United Kingdom mendarat di Pelabuhan Kelang nanti.
Senja itu Mim 1 memberhentikan jipnya berhampiran sempadan rimba yang menabiri kawasan ladang. Dia mematikan enjin jip dan memandang ke arah gunung. Sebaik dia mengeluarkan celepa tembakau dari kocek seluar, dia terdengar suatu suara yang lembut menyapanya dari arah rusuk kiri. Dia berkalih dan terpempan melihat seorang tua berserban, berjanggut dan berjubah putih tercegat di situ. Dia tidak kenal, malahan tidak pernah melihat orng tua itu di kawasan ladangnya.
"Kenapa tak cari di ulu?" tanya orang tua.
"Cari apa?"
"Guru yang lebih afdal…"
"Di ulu ada guru?" Mim 1 masih terpinga-pinga.
"Ya. Tapi dia sudah tua dan tidak lagi dihargai, lalu lari ke ulu, nun jauh di sebalik gunung-gunung," lelaki tua itu mengarahkan telunjuk kanannya ke arah pergunungan. Ada hikayat lama tiba-tiba melintas di benak Mim 1: Datuk Bendahara menjemput Laksamana Hang Tuah yang merajuk di Ulu Melaka?
Ya benar, tidak ada jalan lain, kena jemput guru tua di ulu.
"Ya, baka tulen yang berasal dari Sungai Melayu di Tanah Andalas."
"Maksud orang tua, bahasa ibunda?"
Orang tua tidak menjawab. Dia hanya merapatkan kedua-dua bibirnya, seakan menyimpulkan senyuman.
"Ayuhlah," ujarnya, dan mula melangkah.
Spontan Mim 1 merasakan seperti ada muzik merdu, bergulung-gulung datang dari arah rimba. Dia memandang ke bibir orang tua. Apakah itu benar-benar senyuman, ataupun sebuah mooo?

Nostalgia merdeka


Sebahagian para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor tidak ketinggalan melawat Pameran Solo Zulkifli Yusoff di Balai Seni Lukis Negara.


PAMERAN solo bertemakan NegaraKu oleh seniman prolifik Zulkifli Yusoff yang sedang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara (BSLN) mengajak masyarakat bernostalgia mengenai detik kemerdekaan dan pengisian selepasnya.
Menghimpunkan pelbagai karya terbaru beliau dalam bentuk lukisan, kolaj, gabungan kepelbagaian bahan dan installasi, Zulkifli yang terkenal dengan suntikan elemen kritikan sosial dalam karyanya, menyifatkan NegaraKu sebagai ungkitan masa silam yang lahir daripada rasa tanggungjawab beliau sebagai generasi yang lahir selepas merdeka.
Lahir pada 1962 di Sungai Limau, Kedah, karya dalam siri Negaraku ialah sebuah katarsis daripada perasaan masa lalu serta keseronokan ketika usia remaja Zulkifli.
Keseronokan itu ditimbulkan di bawah sub-tema seperti Semangat Patriotisme yang melalui lagu-lagu patriotik, mengimbau kenangan Zulkifli bersama ayahnya.
Sub-tema Ekonomi dalam Penyiaran pula mengingatkan peranan radio serta van penyiaran dalam menggalakkan pembangunan negara manakala Bunga Raya Bunga Kebangsaan menjadi bunga yang dijadikan simbol kesepakatan pelbagai kaum di Malaysia.
"Keseronokan itu datang dari pelbagai deria. Ada yang saya lihat, ada yang saya dengar, ada yang saya rasai sendiri termasuklah kenikmatan menunjukkan simbol peace, jelasnya kepada Bernama baru-baru ini.
Keseronokan yang dirasai ketika itu bukanlah berbentuk hiburan semata-mata.
"Mendengar siaran permintaan perajurit dari corong radio dahulu terbit rasa terima kasih terhadap mereka kerana ketika itu negara kita baru sahaja sengsara melalui darurat dan peristiwa 13 Mei. Kemudian mendengar pula siaran yang membantu ke arah Malaysia moden dan pengisian kemerdekaan, seperti panduan kepada petani dan drama radio Fajar di Bumi Permata.
"Saya sangat kagum dengan usaha penyiaran ketika itu. Sangat kreatif dan indah. Dengar radio, orang kampung dapat tau cara bertani, tanaman padi dua kali setahun, bagaimana konflik yang berlaku ketika itu," ujar beliau lagi.
Installasi Aku, ayah dan lagu patriotik pula ialah karya khas yang bukan saja beliau tujukan kepada rakyat Malaysia untuk melihat peranan guru sekitar 70-an di kampung-kampung tetapi juga mewakili perasaan beliau untuk meletakkan ayahnya di satu tempat tinggi di hati beliau.
Terdapat juga karya yang diinspirasi daripada ibunya yang sering memetik kata-kata Hamka dalam mendidik anak, namun pada masa yang sama turut minat membaca majalah hiburan URTV, yang disifatkan beliau keseimbangan yang jarang ditemui kini.
Zulkifli, yang juga seorang pensyarah, turut menyentuh tentang tumbuh-tumbuhan yang mulai dirasakan hilang metaforanya seperti bunga kebangsaan, Bunga Raya.
"Di Tanjung Malim (Perak) tempat saya mengajar ada kedai gunting rambut lama kepunyaan orang India bernama Bunga Raya, terdapat juga Hotel Bunga Raya kepunyaan orang Cina. Saya beranggapan perasaan rakyat Malaysia ketika itu berbangga dengan ikon Bunga Raya. Ini ada kesinambungannya dengan konsep 1Malaysia kita sekarang," jelasnya lagi.
Melalui Bunga Raya, Zulkifli cuba menyebarkan mesej 'bercampurlah kamu seperti dulu. Jangan bergaduh'. Kalau dulu semua boleh guna bunga yang sama, kenapa sekarang tak boleh?'
"Melihat semangat patriotik yang semakin hilang di zaman ini, kita kena fikirkan bagaimana supaya nilai itu diserapkan kembali. Apa yang kita nampak beri kebaikan pada satu ketika dahulu, mungkin boleh dipraktik kembali," katanya.
Bercerita mengenai simbol aman yang digunakan beliau dalam beberapa karya siri NegaraKu, Zulkifli berkata kegembiraan menunjukkan simbol itu semasa zaman kanak-kanaknya dulu, sudah tidak sama dengan zaman sekarang.
"Saya tanya anak-anak dan pelajar saya kenapa buat simbol peace ketika berfoto, mereka jawab tiru stail artis pop Korea. Ketika kecil, kami menunjukkan simbol 'peace' dengan kefahaman yang tinggi tentang kedamaian. Bila lori askar melintas kita tunjukkan simbol peace.
"Walaupun asal simbol peace ini dikaitkan dengan pergerakan hippies ketika itu tetapi kenapa kita tidak boleh ambil satu kefahaman yang universal yang memperjelas simbol itu mengajak kita supaya jangan bergaduh dan berperang. Saya tak anggap kita mengambil yang buruk dari situ," jelasnya.
Tambahnya lagi, sekiranya tidak mengerti apa itu kedamaian bagaimana dapat menghargainya?
"Bila kita faham apa itu damai barulah kita tahu nikmat kedamaian dan merancang sesuatu itu biar sentiasa damai," katanya.
Sebagai seniman dan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Zulkifli melihat peranannya bukan hanya mendidik tetapi memikirkan bagaimana seni membantu negara bila berkarya.
Ini pameran yang dianggap beliau paling besar dan istimewa sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam bidang ini meskipun beliau telah berpameran seluruh dunia.
"Kalau dulu mungkin karya seni hanya lapisannya berkisar keindahannya, kini kita harus pergi kepada sifat yang lebih mikro. Melihat keseimbangan antara keindahan dan isi di dalam. Isi itulah yang akan membantu menganjakkan tamadun dan memajukan negara," jelasnya.
Katanya sudah tiba masanya untuk kita bertanya kepada seniman tempatan terutama generasi muda "apakah manfaat hasil karya kamu terhadap agama, bangsa dan negara?"
"Masyarakat akan semakin lama semakin bijak. Jadi orang tidak hanya akan menganggap pembelian karya seni itu kerana luarannya tetapi sekaligus membeli nilai pemikiran. Itu yang saya anggap mahal. Kalau cantik saja tak jadi.
Pameran 'NegaraKu' yang berlangsung dari 26 Julai hingga 26 September 2010 dirasmikan pada Isnin. - BERNAMA

Ingin Mengetahui Tentang Wanita...?

  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
  8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
  14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

sejarah bola di piala dunia

Official ball for the World Cup 1934



Football World Cup in 1938



Football World Cup 1950 in Brazil. Brazilian Zizinho controlled the ball in the match between Brazil and Yugoslavia - World Cup 1950



Football World Cup 1954 in Switzerland



1958 soccer World Cup in Sweden



Football World Cup 1962 in Zhili



Football World Cup final 1966, Slazenger Type



Football World Cup 1970



1974 World Cup



Football World Cup 1978



Football World Cup 1982



World Cup football 1986



Football World Cup 1990



Football World Cup 1994



Football World Cup 1998 - Historically, the first ball is the use of color in their design



World Cup in 2006



Football World Cup 2010